Apa itu Ehsan? Jom baca sampai habis dah jadilah orang berbeza dihujung artikel.
Kata saidina Umar, satu hari ketika sedang lepak bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba muncul di hadapan Nabi seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan sahabat yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata:
“Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang Ehsan."
Baginda bersabda:
“Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu."
Kemudian, Lelaki itu bertanya lagi:
“Terangkan kepadaku tentang kiamat”.
Baginda bersabda:
“Orang yang ditanya tentang Kiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.”
Lelaki itu berkata:
“Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya”
Baginda bersabda:
“Apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing tapi berlumba-lumba membina bangunan."
Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya:
“Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?”
“Allah dan RasulNya lebih mengetahui.” Jawab Umar.
“Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.”
(Hadis riwayat Muslim)
**********
Dah habis baca hadith, dan dah dengar cerita tentang Ehsan, bolehlah kita simpulkan bahawa:
“Ehsan ialah dapat ‘melihat’ Allah, atau jika tak dapat ‘melihat’, tahu diri ‘sedang dilihat’ juga adalah salah satu darjat Ehsan..
Ingat masa dulu, tok guru saya ajar bab Ehsan dengan beberapa rangkap perkataan dalam bahasa malayu, tugas kita hanyalah perlu baca kalimah di bawah dengan perlahan lahan dan cuba hafal sambil memahami makna tersirat dan tersurat..
Rangkap 1:
“ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT, ..DAN APA YANG MANUSIA BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”
Rangkap 2
“SEKIRANYA MANUSIA BUAT KEBAIKKAN WALAUPUN SEBESAR ZARAH, PASTI ALLAH AKAN NILAIKANNYA,”
Rangkap 3
“SEKIRANYA MANUSIA BUAT KEJAHATAN WALAUPUN SEBESAR ZARAH, JUGA PASTI ALLAH AKAN MEMBALASNYA,”
Sekarang gabungkan,
“ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT, ..DAN APA YANG MANUSIA BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”
“SEKIRANYA MANUSIA BUAT KEBAIKKAN WALAUPUN SEBESAR ZARAH, PASTI ALLAH AKAN NILAIKANNYA,”
“SEKIRANYA MANUSIA BUAT KEJAHATAN WALAUPUN SEBESAR ZARAH, JUGA PASTI ALLAH AKAN MEMBALASNYA,”
Bagus! Semua dah pandai, sekarang, kita pergi pada rangkap seterusnya..., baca kalimah di bawah dengan perlahan lahan dan cuba hafal sambil memahami makna tersirat dan tersurat..
“MANUSIA MELIHAT APA YANG KITA ADA,.. RUMAH,.. KENDERAAN,.. HARTA DAN SEBAGAINYA, TAPI ALLAH TIDAK MELIHAT APA YANG MANUSIA ADA,”
“KERANA ADANYA APA YANG MANUSIA ADA ADALAH KURNIAAN ALLAH, MAKA, ALLAH TIDAK MELIHAT APA YANG MANUSIA ADA, TAPI ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT,.. DAN APA YANG MANUSIA BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”
Dan ini pula adalah rangkap terakhir, baca kalimah di bawah dengan perlahan lahan dan cuba hafal sambil memahami makna tersirat dan tersurat..
“TAPI, SYARAT UNTUK ALLAH NILAIKAN AMAL MANUSIA, MANUSIA ITU MESTILAH MEMPUNYAI IMAN DAN IKHLAS, TANPA IMAN DAN IKHLAS, BUATLAH BAIK SEBANYAK MANAPUN, ALLAH TIDAK AKAN NILAIKANNYA, SEBALIKNYA DENGAN IMAN DAN IKHLAS, SENYUMPUN DIKIRA SEDEKAH,”
Baiklah, saya harap korang dah baca, hafal dan faham..
Sekarang kemuncak dalam pelajaran Ehsan kita hari ni, saya nak korang ‘zip’kan, atau korang “compress’kan kesemua rangkap yang panjang di atas ke dalam 14 patah perkataan ini..
“ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT,.. DAN APA YANG MANUSIA BUAT DINILAI OLEH ALLAH”
Korang ulang lagi..
“ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT,.. DAN APA YANG MANUSIA BUAT DINILAI OLEH ALLAH”
Sambil korang lafaz 14 patah perkataan ini, tersingkap dalam minda korang tentang semua rangkap penuh..
“ALLAH MELIHAT APA YANG MANUSIA BUAT,.. DAN APA YANG MANUSIA BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”
Ok, last..
Tukar “MANUSIA” kepada “AKU”
Maka..
“ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT DINILAI OLEH ALLAH”
Cuba ulang lagi..
“ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT DINILAI OLEH ALLAH”
Lagi lagi, sampai habis raya enam pun takpe..
“ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT DINILAI OLEH ALLAH”
Maka, tamatlah pelajaran kita hari ini bab Ehsan, sekarang tunggu nak apply sahaja, untuk amal ilmu ini, mulai hari ni, korang kena bisikkan kalimah ini pada diri korang dalam apa jua keadaan,
“ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT DINILAI OLEH ALLAH”
*****
Contoh 1:
Sebelum masuk tandas, korang bisikkan.. “ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”
Terus korang akan rasa “DIPERHATIKAN” lalu korang terangsang untuk ikut sunnah Nabi, seperti langkah kaki kiri, tutup kepala dan jaga kebersihan..
Contoh 2;
Sedang korang berehat, tiba-tiba ada orang mintak tolong, korang rasa leceh, berat hati dan tak semangat, tapi cuba korang bisikkan “ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”
InsyAllah, terus korang tolong dia dengan ‘girang’..
Contoh 3:
Ada perempuan cun macam Salma Hayek jadi awek kau, satu hari hujan lebat si awek ni terpaksa tumpang tidur rumah korang, lepas dah tengah malam, cuaca sejuk buat korang tearngsang, korangpun rasa nak berzina lalu berjalan menuju ke bilik Salma Hayek untuk berlaga lubang kencing, tapi dalam perjalanan, cuba korang bisikkan: “ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT DINILAI OLEH ALLAH”
Maka, InsyAllah, korang akan dapat kekuatan untuk lari, dan mungkin Salma Hayek yang juga ghairah akan mengejar korang, lalu terkoyaklah baju korang dari belakang, kan macho tu..
Contoh 4:
Sebagai Menteri yang meluluskan projek juta juta, korang pilih kasih kepada kroni untuk luluskan projek walaupun tak ikut spec, tapi kontraktor dah siapkan amoi cun dan pakej pekej menarik pecah tanah, maka korang pun rasa best untuk terima wang ehsan, eh? Silap,.., rasuah.., korang pun rasa nak ambik, sekali keretamayat berbisik: “ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT DINILAI OLEH ALLAH”
Terus korang ingat mayat, dan serahkan maklumat pada BPR.. lantas semua kontraktor kena tangkap dan korangpun bertaubat yang buat amoi itu jugak dapat hidayat dan berkahwinlah korang menuju syurga halal..
Contoh 5:
Korang sedang solat, tapi syaitan asyikkan korang dengan bermacam macam bayangan, dah tak khusyuk.., lepas tu pulak korang terlupa kunci yang letak atas para wudhu tadi dah ambik ke belum?, lalu korang meraba raba dalam julat tiga pergerakkan mencari kunci sambil jaga solat tapi hati dah tak khusyuk sebab takut kunci orang ambik dan curi kereta, dan dalam kereta pulak ada Hard Disk simpan rahsia peribadi, yang ada macam macam filem baru download, filem lucahpun ada, tapi sedang asyik korang meraba, tiba tiba korang tergiang dengan kalimah “ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”
Terus korang khusyuk dan tawajjuh InsyAllah…
Contoh 6:
Dah lama depan PC, dah baca entry baru keretamayat, korang rasa nak layan web porno lah pulak, sedang korang search gambar: bogel+melayu+terlampau+bertudung+hisap+kemaluan+ tiba tiba korang terdengar kalimah “ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”
Terus korang batalkan niat layan web prono, dan kemabli ke FB keretamayat dan baca entry yang lepas lepas- woha!
Contoh 7:
Korang tak puas hati kat enrty saya yang kecam geng teori konspirasi, lalu tulis komen yang menyerang peribadi dan caci saya, baru korang nak send, tiba tiba kalimah ini bergertar: “ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”
Terus korang tak jadi nak maki saya, sebaliknya korang berebut rebut jadi first komen dan tinggalkan komen puji saya seorang yang baik hati dan anda berasa bertuah dapat kongsi udara yang sama di bui Malaysia-woha!
Contoh 8:
Korang rasa malas sangat, letih.., tiba tiba azan berkumandang, rasa nak baring kejap, tiba tiba korang terbisik: “ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT,.. DAN APA YANG AKU BUAT DINILAI OLEH ALLAH”
Terus korang mendapat kekuatan untuk solat jemaah bagi lelaki dan awal waktu bagi perempuan.. kan bagus tu?
Contoh,.., 9.., 10..
(korang tulis sendiri, semua tu korang yang akan alami sendiri!!)
Cukup contoh sampai situ, Alhamdulillah, apabila korang dapat automatikkan kalimah ini sebagai ‘zikir hati’ maka insyAllah, kehidupan korang akan rasa DIPERHATIKAN.., dan rasa DIPERHATIKAN ini adalah secebis dari hakikat EHSAN.. dan dengan DIPERHATIKAN, maka akan berubahlah kehidupan korang dari seorang islam yang cuai kepada seorang islam yang bertakwa, dan rasa DIPERHATIKAN ini juga adalah EHSAN Allah semata mata..
Semua dengan izin Allah..
Semoga saya sendiri dapat amal apa yang saya tulis.. (amin..)
Cukup sampai sini, jumpa lagi di lain masa, , iaitu di kerusi belakang keretamayat!
Woha!